Menu

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah penyelia saya

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah penyelia saya; Dr.Norwaliza Binti Abdul Wahab atas segala nasihat,dorongan,bantuan dan sumbangan membimbing saya dalam proses menyiapkan proposal sehinggalah penulisan laporan kertas projek ini. Segala ilmu,tunjuk ajar,dorongan,tenaga dan masa yang dicurahkan amatlah saya hargai. Penghargaan ini juga ditujukan kepada guru besar SJKT Daerah Kerian kerana membenarkan saya menjalankan kajian ke atas guru Bahasa Melayu di lima buah sekolah di Daerah Kerian,Perak. Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta, Vignes krishnan diatas segala pengorbanan, dorongan dan kesabaran beliau mengiringi saya mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian ini.Tidak lupa, khas untuk anak kesayangan saya Maavel Vignes yang amat sabar tanpa kehadiran saya di sisi semasa tempoh pengajian ini.Anak saya yang menjadi sumber inspirasi kepada saya ketika menyiapkan kajian ini. Semoga kertas projek ini menjadi pendorong kepada anak saya dalam usaha mencapai kejayaan. Akhir sekali,terima kasih kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam penulisan kertas projek ini. Semoga Tuhan membalas jasa dan budi baik kalian. “kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukanya racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”

Kandungan PENGHARGAAN …………………………………………………………………………………………………. 1!Kandungan …………………………………………………………………………………………………………….. 2! Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Singkatan

Abstrak Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah mencapai taraf negara maju.Hal ini telah meletakkan kepentingan yang sangat tinggi terhadap pendidikan sebagai pemacu untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju yang mampu mendepni cabaran dan permintaan ekonomi yang dipacu oleh sains dan teknologi,seperti yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Malaysia

KESESUAIAN DAN KEBERKESANAN MODUL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FRASA KERJA BAHAGIAN A PENULISAN UNTUK MURID TAHUN LIMA 1.0!PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan. Ini dijelaskan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967 Akta 7/67,s.2 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Lantaran itu,sebagai rakyat Malaysia menjadi satu kewajiban kita untuk menguasai bahasa ini dengan baik daripada ujaran serta hukumnya. Penguasaan yang baik akan memberi cerminan kepada bangsa pengguna bahasa tersebut. Ini dapat menggambarkan melalui penutur dan pengguna bahasa ini terutama warga Malaysia itu sendiri. Ketinggian ilmu dan ketinggian intelaktual warga akan digambarkan melalui ketinggian kualiti Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan sekolah menengah telah termaktub dalam akta pendidikan 1996. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai Bahasa kebangsaan, Bahasa perpaduan rakyat di Malaysia dan sebagai pemangkin kepada semangat cintakan tanah air. Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu dibentuk untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,

rohani dan jasmani. Sebagai rakyat Malaysia menjadi satu kewajipan kita untuk menguasai bahasa ini dengan baik daripada ujaran serta hukumnya. Bloomfield dalam bukunya Language (1993) menyatakan bahawa penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan dan bukan semata-mata ilmu. Pembelajaran bahasa merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh pelajar dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak mereka kuasai. Kecemerlangan dalam pendidikan adalah satu isu yang tidak pernah putus diperkatakan oleh warga pendidikan. Berbagai-bagai perubahan dan kaedah telah diperkenalkan dan dijalankan untuk tujuan ini. Setiap tahun KPM telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk memberikan berbagai-bagai kemudahan dalam pendidikan dengan harapan semoga kecemerlangan dalam pendidikan dapat dinikmati. Namun, hasilnya belum dinikmati dan sampai ke tahap yang diharapkan. Untuk mencapai kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah. Matlamat hanya akan dicapai sekiranya semangat kesedaran dan rasa bertanggungjawab daripada semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab secara tidak langsung terhadap kecemerlangan murid sekolah, perlulah berani untuk membuat perubahan atau mengemukakan pandangan kerana merekalah yang lebih memahami masalah murid. Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah memberikan tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Antara kemahiran-kemahiran ini ,kemahiran menulis adalah dianggap paling sukar untuk dikuasai.

Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran membina ayat adalah satu aspek penting dalam Bahasa Melayu. Didapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Kebanyakan murid menghadapi masalah penggunaan frasa kerja dalam Bahagian A, Memindahkan Maklumat. Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara murid-murid sekolah. Penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. Hal ini kerana,semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran(PdP) kemahiran menulis, didapati murid menghadapi masalah dalam pembinaan ayat. Justeru itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan frasa kerja dalam Bahagian A, Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Kurikulum pendidikan negara kita sentiasa diberi tambah bagi memastikan kandunganya sejajar dengan arus perubahan global. Menurut UNESCO (1980), Kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Pada abad ke-21, Sistem pendidikan Malaysia mahu merintis transformasi sosial melahirkan ‘masyarakat berfikiran’. Kejayaan sistem pendidikan negara dalam konteks ini amat bergantung kepada setakat manakah matlamat bagi melahirkan masyarakat berfikir akan dapat dicapai. Melahirkan masyarakat berfikir perlu dijadikan landasan perubahan sosial bagi menghadapi kemajuan dan cabaran gelombang perubahan global abad ke-21. Bagi mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan maka sistem pendidikan diharapkan memainkan peranan utama untuk menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketerampilan tetapi juga boleh berfikir secara kritis dan kreatif, serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak. Menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian tidak hanya memerlukan pengetahuan yang cukup tetapi juga kemahiran mengaplikasikan pengetahuan itu dalam pelbagai situasi. Perkembangan seimbang seorang pelajar penting bagi melahirkan generasi yang dapat menyesuaikan diri dengan cabaran dunia yang kian kompleks. Walaubagaimanapun, hasrat ini tidak akan tercapai sepeuhnya jika pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tidak berubah dan tanpa melihat kepada aspirasi Falsafah Pendidkan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang. Adalah menjadi

tanggungjawab guru untuk memberi pendidikan kepada pelajar menerusi pelbagai pendekatan terkini dan mencabar kompetensi guru tersebut. Dalam masa yang sama guru memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dengan menyediakan murid kea rah mencapai matlamat wawasan pendidikan. Kajian ini dapat mengaplikasikan satu kaedah yang sesuai dan efektif yang boleh membantu murid meningkatkan pencapaian dalam kemahiran memindahkan maklumat Bahagian A Penulisan. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Dean, 2007). Bahasa Melayu Penulisan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada memindahkan maklumat iaitu membina ayat yang lengkap dan gramatis. Dalam Bahagian ini murid tidak dapat membina ayat yang lengkap. Didapati bahawa masih lagi ramai murid melakukan kesalahan tatabahasa dan juga murid tidak menghasilkan ayat mengikut soalan. Bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja ialah susunan kata yang terdiri daripada satu atau lebih kata kerja. Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.

Menurut Kamus Dewan (2007:417), frasa kerja merupakan kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Kata kerja pula merupakan golingan kata yang amat penting dalam binaan frasa kerja dalam sesuatu ayat secara lazimnya kata kerja menjadi salah satu unsur dalam konstituen predikat (Nathesan,1995:426). Md Isa Hassan (1993:37) turut menyatakan bahawa kata kerja merupakan perkataan yang menjadi kepala dalam frasa kerja. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat dengan menggunakan Frasa Kerja. Masalah ini dikenal pasti semasa sesi semakan buku latihan murid. Murid-murid tidak dapat membina ayat dalam Bahagian A, Penulisan. Setelah meneliti masalah yang dihadapi,saya merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina menggunakan frasa kerja. Hal ini kerana murid lebih cendurung untuk membina ayat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan prestasi penulisan dan meningkatkan kemahiran penggunaan frasa kerja dalam bahagian Memindahkan maklumat di kalangan murid.

1.2 PERNYATAAN MASALAH Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan matapelajaran wajib dalam sistem pendidikan Malaysia pada semua peringkat persekolahan. Terdapat pelbagai bentuk kesalahan yang boleh menyebabkan murid gagal mendapat markah yang baik dalam Bahagian A Memindahkan Maklumat. Untuk bahagian A,calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Akibat mengamalkan sikap acuh tidak acuh,murid tidak berupaya meraih markah yang tinggi dalam Bahagian A Bina ayat. Murid tidak membaca arahan dengan teliti dan gagal meneliti bahan (gambar) yang diberi. Murid juga tidak membaca semula kelima-lima ayat yang dibina. Selain itu, murid tidak semak ejaan,kesalahan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang betul. Jelasnya, Bahagian A Memindahkan Maklumat banyak memancing kelemahan murid dan murid haruslah menangani kelemahan tersebut dengan bijak. Guru perlu menggunakan modul yang sesuai dan bersistemetik dalam pengajaran. Rata-rata guru Bahasa Melayu masih menggunakan kaedah pengajaran yang biasa dalam pengajaran mereka. Didapati bahawa masih lagi ramai murid melakukan kesalahan dalam penulisan mereka dan terdapat juga pelajar yang tidak menghasilkan bina ayat yang mengikut kehendak soalan. Oleh itu, guru seharusnya diperkenalkan dengan satu modul pengajaran yang sesuai lagi bersistematik sebagai pendekatan dalam Bahagian A Penulisan.

Awang Had Salleh ( Dalam Hanizah Hussin, 2004,hlm. 3 ) dalam kajiannya, dapat pengajaran bahasa yang tidak menarik, tidak mencabar, membosankan, tanpa persediaan dan tidak menggunakan bahan mengajar sepenuhnya. Di samping itu, guru bahasa yang menggunakan kaedah tradisi iaitu menurut setiap bahagian kurikulum secara rigid, merupakan salah satu punca kegagalan. Menurut Abdul Aziz Talib (1989), pengajaran merupakan satu proses murid-murid dibimbing oleh guru dalam mendapatkan sesuatu pengetahuan atau kemahiran dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian, guru-guru seharusnya menyediakan perancangan dan pelaksanaan pelajaran secara sistematik dengan menetapkan objektif, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, media serta kaedah pengajaran yang hendak dilaksanakan dalam pengajaran bilik darjah. Penggunaan modul pengajaran lazimnya telah pun mempertimbangkan faktor ini dan langkah-langkahnya juga telah dikenal pasti dari aspek teori, kaedah, pendekatan dan teknik. Bagi mengelakan murid merasa bosan dan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam Memindahkan Maklumat Bahagian A, satu modul yang sesuai dan berkesan perlu dibina oleh guru. Oleh sebab itu, pengkaji telah menggunakan satu modul untuk menggunakan pencapaian pelajar dalam Bahagian A Memindahkan Maklumat. Apabila murid telah dapat menguasai Bahagian A, pengkaji berharap agar kualiti pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Bahagian A Memindahkan Maklumat turut meningkat.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Dalam mengenal pasti kemahiran penggunaan frasa kerja dalam Bahagian A, Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. Kajian saya ini akan merangkumi objektif-objektif berikut: 1.Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan frasa kerja dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. 2. Untuk meningkatkan pemarkahan dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. 3. Untuk meningkatkan prestasi penulisan dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. 4. Untuk meningkatkan penguasaan frasa kerja dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul.

1.4 PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah penggunaan modul dapat meningkatkan kemahiran penggunaan frasa kerja dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5? 2. Adakah penggunaan modul dapat meningkatkan pemarkahan dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5? 3. Adakah penggunaan modul dapat meningkatkan prestasi penulisan dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5? 4. Adakah penggunaan modul dapat meningkatkan penguasaan frasa kerja dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5? 1.5 HIPOTESIS KAJIAN 1. Penggunaan modul dapat meningkatkan kemahiran penggunaan frasa kerja dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5. 2. Penggunaan modul dapat meningkatkan pemarkahan dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5. 3. Penggunaan modul dapat meningkatkan prestasi penulisan dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5.

4. Penggunaan modul dapat meningkatkan penguasaan frasa kerja dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Pentingnya kajian ini dijalankan kerana kajian ini membantu untuk meningkatkan kemahiran penggunaan frasa kerja dalam Bahagian A Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. Dalam proses pembelajaran guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang boleh merangsang pembelajaran murid. Hasil kajian ini penting untuk meningkatkan pemarkahan dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. Selain itu kajian ini juga dapat meningkatkan prestasi penulisan dan untuk meningkatkan penguasaan frasa kerja dalam Bahagian A Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. Kajian ini juga penting untuk membantu murid-murid lemah dalam pembinaan ayat sekali gus membendung kesalahan tatabahasa dalam penggunaan kata kerja di SJKT Daerah Kerian, Perak. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang dipraktikkan dalam modul ini juga diharapkan dapat memudahkan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran kerana ia sesuai digunakan mengikut tahap keupayaan murid dan disusun dengan cara yang sistematik. Kaedah ini juga tidak membosankan kerana ia berkonsepkan persekitaran hidup mereka dan pengalaman yang dilalui oleh mereka bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Modul ini merupakan sesuatu yang amat digemari dan mudah dilaksanakan dalam bentuk pengajaran yang santai dan menghiburkan di samping penampilan gambar-gambar yang menarik. Lantaran itu, diharap kajian Keberkesanan Modul dalam pengajaran dan pembelajaran frasa kerja, Bahagian A Penulisan untuk pelajar Tahun Lima ini dapat mencetus idea-idea baru yang lebih menarik dan lebih inovatif dalam kalangan guru agar mereka dapat menghasilkan ayat yang lebih jitu dan bermutu. Diharap juga, dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua guru Bahasa Melayu serta murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman yang semakin mencabar ini. Kajian ini penting dijalankan untuk membantu guru memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kesediaan dan minat pelajar. 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke atas murid-murid mereka semasa di dalam kelasnya. Ianya merupakan penambahbaikan amalan pendidikan terutamanya dalam meningkatkan kecekapan dan keberkessanan pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan ilmu profesionalisme keguruan. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu semua guru untuk membuat penambahbaikan yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa mencari

strategi pengajaran yang berkesan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancangkan. Kajian ini juga diharap dapat menyumbang kepada pembuat dasar di Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kepentingan modul pembelajaran dalam menarik minat pelajar untuk belajar secara kendiri terutamanya pelajar yang berfikiran sederhana. 1.8 DEFINISI ISTILAH DAN OPERASI Menurut Marican (2005), definisi operasi dapat menghubungkan konsep kepada sesuatu yang boleh diperhatikan dan dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur atau dimanipulasi. Berikut adalah senarai definisi istilah dan definisi operasi mengikut konteks kajian: I.!Pengajaran Pengajaran ialah sesuatu yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan (Mok,2002). Pengajaran di dalam kajian ini didefinisikan secara operasi sebagai penggunaan modul pembelajaran oleh pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. II.!Pembelajaran Pembelajaran didefinisikan secara istilah sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran atau sesuatu proses melalui latihan atau pengalaman organisma menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal (Choong 2009).

III.!Pengajaran bermodul Pengajaran modul diistilahkan sebagai suatu kaedah mengajar individu yang mana murid mengikut arahan guru,mempelajari bahan-bahan pelajaran melalui panduan bahan bercetak atau perisian Komputer dan seterusnya menyempurnakan kerja kursus mengikut unit-unit pelajaran yang disediakan (Mok,2010). Pengajaran bermodul secara operasi ialah kaedah menggunakan modul daripada bahan bercetak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. IV.!Alat bahan bantu mengajar (ABBM) Alat bahan bantu mengajar didefinisikan secara istilah sebagai satu alat peneguhan yang perlu di dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran.Tugas utama ABBM ialah membantu guru dalam penyampaian isi pelajaran kepada pelajar (Razali,1994). Alat bahan bantu mengajar di dalam kajian ini ialah Modul Mulus Bahasa Melayu yang disediakan oleh Bidang Bahasa Melayu Jabatan Pendidikan Negeri Perak. V.!Tahap pencapaian pelajar Definisi istilah tahap pencapaian pelajar adalah merujuk kepada sesuatu hasil yang dicapai atau diperolehi daripada pembelajaran Mok,2010). Tahap pencapaian murid dalam konteks kajian ini adalah merujuk kepada penilaian ke atas ujian pra dan pasca.

1.9 Skop Kajian Pengajaran bermodul dari bahan bercetak ini dibina untuk Bahagian A Penulisan iaitu Memindahkan maklumat. Isi kandungan modul ini mengikut ketetapan yang digariskan di dalam HSP Bahasa Melayu. Murid yang diuji terdiri daripada murid tahun lima. Skop kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian dan keberkesanan modul dalam pengajaran guru sebagai alat bahan bantu mengajar yang efektif atau berkesan di dalam kelas, khususnya murid-murid yang mempunyai aras pemikiran sederhana. 1.10 BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah rendah (SJKT) iaitu Sekolah Kurang Murid (SKM) di Daerah Kerian, Perak Kajian ini akan meningkatkan kemahiran penggunaan frasa kerja dalam Bahagian A, Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. Sampel yang akan dipilih ialah 63/75(Jadual Penentuan Saiz Sample Krejcie & Morgan (1970) ) orang murid dari kelas Tahun Lima. Tempoh kajian yang dijalankan adalah selama empat minggu. Dapatan pengkaji, berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan yang lepas, murid masih menunjukkan markah yang rendah dan tidak memberangsangkan.

1.11 KERANGKA KONSEP KAJIAN Kerangka konsep untuk kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.1 Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian Di antara cara untuk membangkitkan semangat murid ialah dengan mengadakan teknik baru dalam kaedah pengajaran sebagai suatu yang menyeronokkan. Pengajaran dengan kaedah yang sesuai dan terancang seperti di dalam modul pengajaran, memberi peluang kepada murid untuk memilih pembelajaran mengikut keperluan dan keselesaan masing-masing. Kepuasaan dalam belajar, berkemungkinan besar boleh meningkatkan motivasi dan usaha untuk murid terus belajar (Mok,2010). 1.12 RUMUSAN Secara keseluruhannya, Bab 1 penyelidik telah menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang kajian dan pernyataan masalah yang hendak dikaji. Selain pengenalan persoalan kajian , kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta ilustrasi konsep yang dihasilkan turut dinyatakan secara ringkas, padat dan jelas. Pembinaan Modul Pengajaran bermodul Tahap pencapaian murid

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1!PENGENALAN Tinjauan literature dalam kajian ini mengandungi fakta-fakta rujukan tentang kajian yang dilakukan seperti kaedah pengajaran,proses pengajaran dan pembelajaran,pengajaran bermodul dan sebagainya. Penulisan mengenai literatur mengandungi maklumat tentang teori,konsep dan pembuktian yang ingin dibincangkan dalam kajian. 2.2 PROSES PENGAJARAN Dalam konteks pendidikan formal, pengajaran oleh guru dapat dihuraikan sebagai suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan (Mok, 2010). Menurut Ee (1997), pengajaran difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai. Pengajaran itu merupakan satu aktiviti intelek yang mana ia melibatkan pemikiran, perasaan serta penilaian. Menurut Md.Noor (2000), Keberkesanan pengajaran guru bermula daripada perancangan menentukan hasil pelajaran dalam sesuatu topik dan kepelbagaian kaedah yang digunakan untuk merangsang minda pelajar. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada seseorang guru ( Ee, 2004) . Guru sebagai pembimbing kepada pelajar, mendorong pembelajaran sendiri dengan pelbagai sumber pembelajaran. Guru yang

berkaliber sering berusaha untuk melibatkan pelajar dalam pengajaran di mana penglibatan pelajar di dalam proses pengajaran akan memudahkan pemahaman konsep serta melahirkan pelajar yang aktif (Ee. 2004). Untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih, guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai teknik agar mencapai objektif yang telah ditetapkan, di samping menarik minat dan dapat mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar ( Choong, 2008). 2.3 PROSES PEMBELAJARAN Pembelajaran merupakan suatu proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku pengalaman atau latihan yang diteguhkan ( Ee,1997). Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses otak seseorang untuk dijadikan pengalaman dan digunakan untuk melakukan sesuatu tingkah laku (Ee,1997). Keberkesanan pembelajaran di bilik darjah adalah bergantung kepada isi pelajaran dan kaedah atau teknik guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan (Md. Nor,2000). Guru perlu berusaha untuk meningkatkan strategi pengajarannya yang sesuai untuk memberangsangkan minda pelajar. Setiap pelajar tidak mempelajari sesuatu dengan cara yang sama dan mereka mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang mana keupayaan belajar seseorang pelajar itu berbeza dengan pelajar lain (Abd. Kadir & Atorma, 2002 ). Terdapat juga perbezaan di kalangan pelajar jangka masa belajar, daya ingatan, skop perhatian dan sebagainya. Keadaan

ini sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya tiada seorang pelajar pun akan gagal memperoleh pengetahuan sekiranya diberikan peluang, kemudahan dan cara belajar yang sesuai dengan keupayaannya ( Raja Gopal et al., 2002). 2.4 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Menurut Azmiza (2014), kumpulan yang menggunakan modul mempunyai peningkatan dari segi kemahiran daya tindak. Demi itu, modul yang akan digunakan semestinya mengandungi konsep pengaturan kendiri remaja dari segi ketahanan emosi, tindakan aktif, penyesuaian, ketabahan dan pemantauan kendiri. Halimah Majid et al. (2013) menjelaskan bahawa transformasi pendidikan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 turut bermatlamat melengkapkan murid dengan kemahiran baharu yang diperlukan untuk merebut peluang pada peringkat global. Pembelajaran berasaskan modul menjadi salah satu agenda dalam pendidikan masa kini dalam menghasilkan pelajar yang ingin terus belajar dan bersedia untuk meneroka dunia pada masa akan datang. Kemahiran inilah yang menyediakan pelajar kepada cabaran pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar perlu mempunyai pengaturan kendiri, strategi daya tindak, kemahiran dan membuat keputusan. Ini bermakna generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran yang mantap, berupaya berkomunikasi secara berkesan dan beretika perlu dihasilkan. Venkatesh(2012) berpendapat pelajar dapat mempelajari kemahiran baru dan dapat berkongsi hasil kerjanya apabila menggunakan kaedah modul.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan bilik darjah. Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program Kecemerlangan murid. Melalui program-program yang dirancang diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-murid dalam kemahiran membaca dan menulis. Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum lahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. 2.5 PENGAJARAN BERMODUL Pengajaran menggunakan modul pembelajaran menitikberatkan perbazaan latar belakang, minat, gaya belajar, nilai dan motivasi pelajar Ke (2003). Kajian Noordin ( 1992 dan 1996 ), menunjukkan bahawa kaedah pengajaran bermodul yang menggunakan strategi pembelajaran penguasaan, telah berjaya memperbaiki tanggapan pelajar terhadap sesuatu konsep yang dipelajari dan seterusnya memperbaiki pencapaian akademik mereka. Kaedah pengajaran bermodul juga merupakan salah satu kaedah pengajaran yang Berjaya memperbaiki pengkonsepan para pelajar terhadap sesuatu konsep yang dipelajari ( Noordin, 1997 ). Kajian penyelidikan (Siheset al., 2007) menyatakan bahawa pengajaran bermodul sesuai digunakan untuk pembelajaran kendiri mahupun sebagai alat bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah pengajaran bermodul adalah merupakan kaedah pengajaran terancang serta terpimpin. Selain itu, kemahiran menulis juga merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilksn penulisan imaginatif. Aplikasi strategi, sikap dan masalah guru yang dihadapi dalam kelas memberi kesan kepada pembelajaran kemahiran penulisan. Menurut kajian Tay Meng Huat (2013) tentang sikap dan masalah guru dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah, mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah untuk menangani jenis masalah yang berkaitan dengan murid iaitu kelemahan penguasaan asas Bahasa Melayu dalam kalangan murid, masalah untuk berfikir serta mengumpul idea, masalah malas dan tidak minat. Jika kemahiran menulis murid telah dikuasai, pengalaman menulis akan menyeronokkan murid. Walau bagaimanapun masa yang diperlukan bagi mengajar kemahiran menulis adalah agak lama, mengajar untuk menghabiskan sukatan, berkongsi maklumat dan rakan, penyediaan persediaan mengajar membebankan, namun begitu mengajar kemahiran menulis

harus diteruskan dan guru mengambil berat tentang kemahiran menulis. Guru–guru mengambil berat tentang kemahiran menulis kerana ia merupakan salah satu aspek wajib dalam mengajar bahasa selain aspek lisan dan kefahaman. Selain itu, sikap murid yang dikaji adalah penting untuk diambilkira dalam menjalankan aktiviti penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran, mengikuti pengajaran kemahiran menulis mengikut kebolehan murid dan mengadakan perbincangan dengan rakan serta guru untuk memperbaiki cara penulisan. Selain itu, masalah penulisan murid juga turut berpunca daripada gaya pengajaran guru di dalam kelas, Strategi pengajaran penting kerana menurut Esah Sulaiman (2013) dalam Noor Azizah Ahmad (2006), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah dikatakan strategi pengajaran. Penggunaan bahan rangsangan tanpa teknik yang berkesan, mendorong kepada kelemahan penguasaan kemahiran penulisan. Menurut Abdullah Hassan (2004), guru-guru menghadapi masalah mengajar Sukatan Baharu Bahasa Melayu 2003 kerana guru-guru tidak terlatih dalam sukatan baharu yang mengandungi kemahiran komunikasi interpersonal dan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu mereka menggunakan pengalaman dan maklumat peribadi dan tidak berdasarkan peribadi dan tidak berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal sebenar. Kemahiran-kemahiran ini tidak diajarkan sebagai kursus dalam pendidikan guru serta sudah tentu tiada kaedah mengajarnya. Selain itu, kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar membuat pengitlakan dan kajian masa depan dalam kemahiran bernilai tambah tidak diberi focus dalam pendidikan guru tetapi perlu diajarkan oleh guru di sekolah. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada guru-guru untuk mengajar kemahiran menulis berdasarkan sukatan baru dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala Yahya Othman (2005) dan Ahmad Mohd.Nor (2005) menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca. Rumus struktur Frasa mempunyai dua tugas utama iaitu memerihalkan sistem hubungan sintaksis yang dengan itu memungkinkan berlakunya rumus transformasi. Proses membina ayat adalah perkara asas dalam kemahiran penulisan pelahiran. Ayat terdiri daripada perkataan – perkataan yang disusun dalam kelompok-kelompok tertentu.Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Perkara yang penting dalam membina ayat ialah maklumat yang akan digunakan untuk membina ayat tersebut. Ini disokong oleh Edward de Bono (1982) yang menyatakan bahawa maklumat sememangnya penting kerana maklumat yang banyak boleh membantu kita berfikir dan membuat keputusan dengan lebih baik. Kepentingan maklumat turut ditekankan oleh Siti Hawa Munji (1990). Beliau menyatakan alam proses data deria, seseorang itu harusnya menyusun sejumlah besar rangsangan menjadi struktur-struktur dan bentuk –bentuk yang lebih bermakna. Pendidikan berlaku apabila proses berfikir berlaku. Edward de Bono juga menyatakan untuk memahami mengenai berfikir, kita seharusnya memahami bagaimana minda secara aktif memproses maklumat. Minda sebagai ‘self organizing system’ menerima maklumat-maklumat dan maklumat-maklumat tersebut akan tersusun dengan sendirinya lalu membentuk ‘pattern’. Menurut beliau lagi, ‘patterning sistem’ini juga membantu individu untuk melihat dan memahami apa yang berlaku di persekitarannya.

Walaupun banyak teori pengajaran dan pembelajaran bahasa berhubung dengan pendekatan dan kaedah boleh didapati dan dijadikan sebagai panduan, namun masih banyak masalah yang timbul yang berkaitan dengan kesalahan bahasa dalam kalangan para pelajar sekolah khususnya dalam penulisan karangan. 2.2 LITERATUR BERKAITAN Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau kaedah melakukan sesuatu. Kata kerja adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu ayat. Kata kerja ialah perkataan yang mengandungi perbuatan atau menunjukkan perbuatan. Perbuatan ialah aktiviti yang terkandung dalam perkataan seperti ‘menulis’, ‘berlari’ dan keadaan terkandung dalam perkataan seperti ‘berfikir’ dan ‘tidur’. Kata kerja merupakan perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Kajian yang dibuat oleh Kamarudin Husin (1998) mendapati bahawa daripada 250 patah perkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah kesalahan yang tergolong dalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan pembentukan frasa. Dapatan ini juga hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat iaitu Berthua (1974), Lee (1972) dan Politzer dan Ramirez (1973). Menurut Md. Daud Taha (2013) pula mendapati bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan adalah jenis ayat-ayat tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8%) dan ayat-ayat yang berbelit-belit (17.3%).

Selain itu, ayat yang terpengaruh oleh struktur ayat bahasa Inggeris (10.8%) dan ayat yang mirip bahasa lisan (3%). Manakala, dalam kajian yang dibuat oleh Mohd. Daud Yusof (2012) mendapati bahawa 78 orang pelajar membina ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang tidak ada subjek atau predikat. Di samping itu beliau juga mendapati kesilapan pelajar kerana menggunakan bahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu ayat. Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat disangkal lagi bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar-pelajar amat ketara. Kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan pelajar-pelajar sekolah pada masa ini menunjukkan bahawa mereka masih tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan sepenuhnya semasa belajar di dalam bilik darjah. Justeru, pelajar-pelajar harus didedahkan lagi dengan bahan pengajaran dalam aspek penulisan terutamanya yang berkaitan dengan komponen-komponen penguasaan bahasa, iaitu struktur ejaan, ayat dan penggunaan kata kerja dalam bina ayat. 2.3 KAJIAN BERKAITAN Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) UPSR mengandungi maklumat tentang prestasi calon dalam semua mata pelajaran UPSR. Kupasan terhadap prestasi calon dilengkapi dengan penjelasan tentang prestasi keseluruhan, prestasi mengikut kumpulan calon dan prestasi terperinci bagi setiap soalan. Ulasan prestasi terperinci setiap soalan disusuli dengan pernyataan tentang kekuatan dan kelemahan calon dalam menjawab soalan serta kesilapan yang sering kali ditemui. KMJ disediakan oleh panel yang terdiri daripada Ketua Pemeriksa, Ketua Pemeriksa Bersama dan Ketua Pasukan mata pelajaran berkenaan dengan mengambil kira maklumat daripada semua pemeriksa di bawahnya.

Oleh itu, KMJ dapat dijadikan satu panduan untuk untuk menjalankan penyelidikan ini kerana ulasan yang diberi dapat digunakan oleh guru bagi meningkatkan kemahiran guru dalam proses PdP dalam kelas dan seterusnya dapat meningkatkan keputusan peperiksaan khas bagi mata pelajaran Kertas 2 Bahasa Melayu PPSR. 2.4 RUMUSAN Setelah tinjauan dibuat, maka kajian akan dibuat menggunakan beberapa kaedah bagi tujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan kata kerja dalam Bahagian Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENGENALAN Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Bahagian ini dianggap bahagian yang amat penting dalam penyelidikan kerana ia akan mengambarkan pemikiran penyelidik mengenai perjalanan keseluruhan kajian yang akan disyorkan dapat menunjukkan keberkesanan atau menjejaskan pencapaian murid dalam aspek berkaitan tatabahasa iaitu penggunaan frasa kerja dalam Bahagian A, Memindahkan Maklumat di kalangan murid Tahun 5 dengan menggunakan modul. Pengkaji akan menghuraikan reka bentuk ujian, alat kaitan yang digunakan, tatacara kajian dilaksanakan dan penganalisan data.Sekiranya metodologi yang dikemukakan oleh pengkaji tidak berfungsi, tidak sesuai atau tidak mencapai objektif, maka penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik dikira sebagai gagal dan tidak sesuai digunakan. 3.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk kuasi eksperimen. Pengkaji akan memilih daripada jenis rekabentuk berkumpulan-kawalan. Rekabentuk ini membahagikan subjek kajian kepada dua kumpulan bukan secara rawak iaitu satu kumpulan diberikan rawatan kawalan dan satu kumpulan lagi tidak akan diberikan rawatan iaitu kumpulan kawalan. Campbell dan Stanley (1963) menyatakan bahawa pemilihan sampel secara rawak tidak

boleh dilakukan apabila menjalankan rekabentuk kuasi ekserimen kerana masalah ketidaksesuaian keadaan. Kumpulan Sebelum Semasa Selepas Kumpulan Eksperimen Pra ujian X1 – X4 Pasca Ujian Kumpulan Kawalan Pra ujian Y1 – Y4 Pasca Ujian !X1-X4 : 4 kali pengajaran (Eksperimen) Y1-Y4 : 4 kali pengajaran (Kawalan) Sumber : Chua Yan Piaw (2006) ! Pemilihan kumpulan ini berdasarkan keputusan ujian yang dibuat (Ujian Bulanan Mac). Ukuran terhadap variable eksperimen ini dibuat sebelum dan selepas rawatan dibuat. Pengkaji akan membuat bandingan antara subjek dua kumpulan ini. Apabila kumpulan telah dibahagikan, pengkaji akan memberikan rawatan kepada kumpulan eksperimen berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti. Kumpulan eksperimen akan diberikan bimbingan dan diajar menggunakan kaedah dan teknik menjawab. Akhir sekali, kedua-dua kumpulan ini akan diberikan ujian pasca bagi memastikan kaedah yang digunakan tercapai objektifnya.

RAJAH 3.1 REKA BENTUK KAJIAN EKSPERIMEN Berkumpulan-Kawalan Ujian Pra Analisis Data Ujian Pos Refleksi Berkumpulan Eksperimen Berkumpulan kawalan

3.2 POPULASI DAN SAMPLE UJIAN Responden merupakan murid Tahun 5 dari lima buah sekolah di Daerah Kerian iaitu seramai 70 murid. Kesemua responden yang akan diuji oleh pengkaji telah menunjukkan keputusan yang sekadar memuaskan dalam keputusan beberapa ujian terdahulu.Walaupun keputusan keseluruhan responden baik,tetapi keputusan akan lebih baik jika responden dapat menguasai sepenuhnya Bahagian A kertas 2 Bahasa Melayu PPSR. 3.3 INSTRUMEN Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen untuk membantu kajian ini. Antara instrumen utama kajian ini ialah Ujian bulanan yang akan responden hadapi kelak. Ujian bulanan ini akan pengkaji jadikan sebagai Ujian Pos dan keputusanya akan dijadikan sebagai bahan refleksi pengkaji. 3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Kajian ini akan dimulakan dengan memohon kebenaran Guru Besar kelima-lima sekolah tersebut. Kebenaran yang diperoleh melalui pertemuan secara lisan. Keputusan Ujian Bulanan Mac akan digunakan sebagai ujian pra. Murid yang menunjukkan bawah 5 markah daripada 10 markah akan diketegorikan sebagai kumpulan kawalan. Beberapa cadangan akan diberikan untuk dijadikan panduan kepada guru-guru setelah kajian ini dibuat supaya mereka dapat menggunakan kajian ini sebagai alat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).

3.5 ANALISIS DATA Hasil daripada ujian pasca, data-data (markah) yang diperolehi itu akan diproses menggunakan Ms Excel. Ms Excel dapat menganalisis data markah kerana kajian ini berbentuk kajian kuantitatif. Penggunaan jadual dan graf dalam kajian ini dapat membantu menunjukkan perbezaan pencapaian responden sebelum dan selepas ujian. Murid-murid yang tidak mencapai skor kelayakan akan diberikan rawatan seterusnya. Tindakan susulan akan diambil jika murid tidak memperolehi markah yang ditetapkan. 3.6 RUMUSAN Sesungguhnya sebuah kajian yang baik, adalah hasil daripada metod dan kaedah-kaedah yang baik. Dengan menggunakan beberapa kaedah yang ditentukan, penyelidik berharap kajian ini dapat mengikut standard serta kualitinya yang tersendiri. Methodologi kajian ini bertujuan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan data-data serta maklumat-maklumat daripada responden-responden kajian. Ianya seumpama petunjuk jalan kepada penyelidik dalam menghasilkan kajian ini. Dalam pada penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat ini juga, penyelidik akur dengan etika-etika penyelidikan yang seharusnya penyelidik patuhi. Ini jelas apabila Fine dan Sandstorm (1988), mengatakan bahawa seseorang penyelidikan mestilah menyediakan penerangan yang menyeluruh tentang tujuan penyelidikan, terutama apabila penyelidik tidak mempunyai kuasa penuh terhadap subjek dan responden. Kesemua etika ini adalah bagi menjamin kualiti serta mutu kepada penyelidikan yang dihasilkan.

Selain daripada itu, metodologi kajian ini adalah diharap dapat mencapai objektif serta matlamat kajian yang disasarkan. Ianya bagi melihat sejauhmana kesesuaian dan keberkesanan modul ini dalam pengajaran dan pembelajaran.